Kalau Tidak Faham Juga Tidak Tahulah

Jangan merokok, faham tak.

Sebelum ini tidak pernah ada lagi stiker tersebut, baru semalam aku memandu kereta 4×4 syarikat ini sudah kelihatan. Syarikat di mana aku bekerja ini menggunakan Toyota Hilux single cabin untuk tujuan operasi termasuk yang melibatkan on-site service. Mekanik akan turun ke lokasi pelanggan jika mendapat permintaan untuk servis.

Memandangkan pihak atasan syarikat tidak merokok dan tidak menyukai tabiat perokok maka pelbagai larangan telah dibuat di kawasan sekitar permis untuk memastikan tiada aktiviti merokok ini. Sehinggalah dalam kenderaan ini pun diharamkan sama sekali. Bau yang tinggal akan menyebabkan kenderaan syarikat ini berbau busuk dan kotor.

Dengan tertampalnya stiker tersebut diharapkan pengguna kenderaan syarikat ini mengambil serius akan amaran yang dikeluarkan.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. Azman Ishak says:

    hurm… hentah la.. masa kampeni lama dulu.. selambe jugak aku isap rokok dalam keter kampeni. nak buat cam ne.. lepas tu spray la balik. hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.