Nampaknya @P1Cares Buat Silap Besar, Memalukan Pelanggan

Memalukan pelanggan...sabar yer mangsa..
Apakah perasaan anda sekiranya ini terjadi pada diri anda? Pasti memalukan, bukan. Timeline twitter adalah infiniti dan boleh dibaca oleh sesiapa sahaja selagi akaun anda terbuka kepada public. Kerahsiaan maklumat pelanggan perlulah menjadi keutamaan kepada syarikat yang menggunakan Twitter sebagai medium sokongan pelanggan.
Bila pelanggan ingin mendapatkan kepastian berhubung sesuatu isu yang belum ternyata benar-benar tanggungjawab pelanggan kini dimalukan pula. Apa yang diketahui pelanggan yang terlibat sudah tidak menggunakan khidmat ISP tersebut sejak 2 tahun lepas namun masih menerima bil. Sudahlah dituduh tidak bayar bil, dimalukan pula.
Semoga perkara ini tidak berulang lagi, tidak kiralah syarikat mana sekalipun.
Memohon maaf.

P1 memohon maaf tapi..


sebab tu aku tetap setia dengan streamyx. haha..
titan´s last [type] ..Lelaki Bangladesh yang kacak
samalah, semoga suatu hari nanti aku berjaya masuk ke kawasan unifi pula..
mesti internship yang reply ni haha. gila selambe tunjuk outstanding balance -.-
rekrazie´s last [type] ..blogr.my | Medium Perkongsian Untuk Blogger
mungkin kot…kesian pelanggan tu diaibkan..
Mengamuk Azman Ishak bila baca tweeter tu hmm..
azmanisma´s last [type] ..Awas Sindiket Bank Negara Palsu!
harus mengamuk bila dimalukan di garis masa…kesian kan.
Aku pun pakai p1 gak.kadang2 agak geram dengan jawapan yang diberikan bila berhubung dengn p1 cares ni..Care la sangat…
Mashi´s last [type] ..Eh Proton P3-21A kantoi semasa shooting iklan
harap2 lepas kes ini diorg ambil serius akan setiap maklumbalas yg mereka berikan kepada pelanggan.
P1 dah kantoi..
Mus´s last [type] ..Memang Sedap, Kepedasan Lokan Bakar Dan Kemanisan Air Kelapa Muda
mereka pun dah minta maaf kpd azmanishak, dan boleh dilihat cara mereka tweet sekarang yang menggunakan fungsi DM sebaik mungkin.
buat kerja tk fikir habis2 , apa daa
puanbee´s last [type] ..Buat Sendiri Laa ~
tuler, memalukan pelanggan, tapi syukur mereka telah meminta maaf secara terbuka..
hmm sistem dorng pom agak lmbt…
Sara´s last [type] ..Bohemian Rhapsody Lyrics – Queen