Bank Harimau Besar Tapi Lif Bergelap

Inilah lif yang menuju ke arah kegelapan

Sejak aku bekerja di Mentakab ini memang agak kerap juga aku akan pergi ke bangunan Maybank Temerloh ini untuk hantar dokumen (inilah skop kerja tambahan aku iaitu budak pejabat) berkaitan permohonan pinjaman. Untuk sampai ke tingkat 3 bangunan ini maka pakai lif seperti di atas. Sehingga sekarang lif tersebut masih lagi tidak berlampu dan bergelap sahaja dan mengharapkan cahaya pada butang yang ada sahaja. Namun begitu butang aras nampaknya sudah tidak menyala tapi masih berfungsi. Sikit hari lagi tunggu lif sangkut jer kot baru nak ambil tindakan.

Ini sahajalah sumber cahaya yang ada.

Diharapkan tidaklah sampai perlu ada perkara buruk berlaku barulah hendak bertindak kerana kesannya amatlah besar. Bertindak bijak sebelum terlambat.

*Oh ya hampir terlupa, lantai sebelum masuk ke lif tersebut ada permukaan yang merbahaya, kerap kali juga aku hampir terlentang ke belakang, tetiba sahaja ada bahagian yang menurun parasnya berbanding lantai sebelum. Diharapkan masalah ini juga diambil tindakan segera.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. ariff says:

    macam lif kat russia pulak. gelap.

    • ejam says:

      bakal ke arah tu juga kot kalau tak ambil tindakan segera, kadang-kadang aku risau guna lif tu bila ada perempuan nak naik sama, takut aku dituduh melakukan perkara sumbang…*setan*…haha

  2. azmanisma says:

    biar pmpn kacau ko,jgn ko kacau pmpn he3..wat malu jer mbb nih…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *