Bila Haq Sudah Hendak Balik, Papa Yang Lebih Pula

Katil Haq dah siap pasang.

Hujung minggu lepas operasi mengemas rumah giat dijalankan oleh aku seorang sebagai persiapan untuk menyambut kepulangan isteri dan anak kami. Tumpuan utama pada bahagian bilik dan ruang tamu rumah, bahagian lain terpaksa tangguhkan dulu kerana tidak sempat hendak dikerjakan. Target utama untuk menyiapkan bilik tidur yang selesa dan mesra anak kecil, katil bayi telah disiapkan dan segalanya telah dipasang untuk memastikan nanti Haq selesa dan boleh tidur dalam katil tersebut.

Oh yer, katil ini bukan dibeli baru tapi adalah dipinjamkan oleh Maksu aku. Sebelum aku pakai adik lelaki aku gunakan untuk anak dia tapi tidak berpakai pun kerana anaknya tidak suka. Aku harapkan Haq boleh terima ketetapan yang kami buat ini supaya dia akan lebih selesa dan tidak mengganggu privasi mama dan papanya..hehe.

Entah betul entah tidak pemasangan pelindung tepi tu.

 

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. titan says:

    jangan ko tido plak kat katil tu. haha..

  2. azmanisma says:

    Anak aku dulu langsung tak nak tidur atas katil tu….rugi jer beli hehehhe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *