Menambah Stok Barangan Haq Dengan Membeli di Kedai Online BabyKidsEShoppe.com

Hari ini sampai juga barangan yang isteriku beli dari BabyKidsEShoppe.com untuk anak kami Haq. Buat permulaan hanya 4 item sahaja dibeli untuk mencuba tahap kualiti servis yang diberikan. Bila ujian peringkat awal memberikan kepuasan barulah boleh jadi pelanggan tetap. Sekiranya pertama kali sudah rasa sakit hati dengan servis yang diberikan maka masuk senaraihitamlah jawabnya.
Mereka buat penghantaran dengan Kangaroo pagi tadi tapi memandangkan kami tiada di rumah kerana bawa Haq pergi medical check-up untuk 2 bulan maka terpaksa pergi ambil di pusat pengumpulan barangan parcel Kangaroo bersebelahan dengan Taman Perumahan kami tinggal.
Haq telah mencuba beberapa kali set yang dibeli, nampaknya dia suka dan fokus pada objek yang tergantung. Dengan ini dapat menguatkan otot mata Haq. Layankan sahaja beberapa gambar barangan yang dibeli.

Simple Dimple Activity Fun Farm Activity Playgym

Babylove: Musical Mobile Animal Soft Toys

Bumble Bee Sporty Bright 5 pair socks

Carters 2 pcs Boys Romper With Pants Suit (Yellow and Green)


Baju budak pun boleh tahan gak yer..
azmanisma´s last [type] ..Lelaki Kacak : Fenomena Lelaki Kacak
boleh tahan mahal gak berbanding pakaian mama dan papanya…hehe
baju ni kain dia elok sikit…sesuai la tuk baby kalo pakai panas2…jenis meresap peluh…hehe…
norsaritanaini´s last [type] ..Pengalaman Melahirkan Dhiyaulhaq Zhafran
wahh..ada kedia online rupanya..
titan´s last [type] ..Peraduan Hebah dan Menang dari PTS