Pakai Dah Smart Tapi Tidur Pula

1st time pakaikan baju cantik untuk pergi kenduri kahwin

Sabtu lepas ketika aku berada di Kelantan ada pergi ke majlis kahwin saudara belah isteri. Pertama kali bawa anak kami Haq pergi rumah orang, majlis kahwin pula. Nasib baik sampai awal maka tidak ramai orang lagi dan lagipun majlis tersebut dibuat secara kecil-kecilan sahaja sebagai tanda kesyukuran. Dalam perjalanan lagi Haq sudah tidur dan sampai sahaja ke lokasi yang dituju kenalah bawa keluar bantal dan tilam dia untuk biarkan dia tidur dengan selesa.

Ketika kami pergi makan mak mertua tolong jagakan, puaslah juga isteriku makan siap bertambah lagi kerana menu yang disediakan sedap siap ulam-ulaman dan sambal budu lagi. Lepas kami selesai makan barulah mak mertua ambil giliran pergi menjamah makanan pula.

Terpaksa balik awal tidak sempat untuk jumpa pengantin kerana keadaan dalam rumah tersebut panas dan tidak selesa untuk Haq. Nampaknya misi untuk memakaikan Haq dengan baju yang cantik telah berjaya, sesampai di rumah barulah salinkan baju tersebut.

Tidur lena dirumah pengantin.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

8 Responses

  1. faizfakhirin says:

    Budak budak katakan…

  2. azmanisma says:

    Hehehe aku selalu kena tu…

  3. Denaihati says:

    betul memang baby biasa mcm tu. belum pernah jumpa lagi kenduri ada jamu budu.

  4. titan says:

    haha..comel plak dia tido macam tu..

  5. Mus says:

    memang mencabar bawa anak kecil ke majlis keramaian. kena sedia apa yang patut..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.