Stiker Kenderaan Sales dan Servis Sudah Siap

Sales.Services

Akhirnya sudah ada sebuah Hilux memakai stiker dengan design baru untuk kegunaan Sales dan Services. Kedudukan logo Farmax tersebut dijadikan standard untuk semua design lain yang berkaitan, kedudukannya mesti di tepi sebelah kiri atas. Bila ada penetapan sebegitu barulah seragam sikit imej yang dibawa.

Idea ini aku berikan kepada bos untuk beliau gunakan, Alhamdulillah hasil kerja aku sudah kelihatan hasilnya. Tengok beberapa lagi gambar di bawah untuk gambaran penuh seluruh Hilux tersebut.

Sales.Services - Belakang

Sales.Services - Tepi

Buat masa ini hanya stiker ini sahaja yang sempat disiapkan, ada 2 lagi stiker yang bakal dilekatkan kemudian setelah siap disediakan oleh kedai. Hilux ini akan dipakai oleh Eksekutif Jualan syarikat yang menjaga cawangan Gua Musang, Kelantan. Ada beberapa lagi Hilux akan turut sama dipasang stiker serupa dan diagihkan kepada Eksekutif Jualan yang lain.

 

 

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

3 Responses

  1. azmanisma says:

    Ok gak nampak tu,wah ada bakat pasang sticker 🙂

    • ejam says:

      bukan aku pasang utk projek kereta ni, yg ni kedai stiker tu pasangkan..
      ada juga beberapa projek kecil pasang2 stiker aku buat atas arahan..hehe

      aku tolong designkan jer..

  2. titan says:

    hoho..kemas. kemas. cantek apa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *