Domain Ez2Beli.com dan Lesen NiagaKit Untuk Dijual
Selamat sejahtera kepada semua, hari ini ejam hendak berniaga kecil-kecilan sahaja. Dimulakan dengan penjualan domain Ez2Beli.com beserta dengan lesen Niagakit. Laman web ini pada permulaannya dibina dengan tujuan untuk menjual barangan yang terdapat di farmasi bekas majikan ejam yang dahulu. Selepas berhenti dan berhijrah keluar dari negeri Melaka maka tiadalah pembekal untuk produk bagi laman web tersebut.

Admin Panel - pengurusan laman web.
Dengan berat hati maka terpaksalah juga dilepaskan domain dan lesen niagakit tersebut. Kepada yang berminat berikut adalah pakej yang disertakan bersama dengan penjualan ini;
1. Domain http://ez2beli.com (akan tamat tempoh pada 02/06/2012) – akan diberikan renewal setahun percuma (dibeli dari ServerFreak.com).
2. Lesen Niagakit.com (nilai RM999.00) – akaun di laman web niagakit juga akan turut diserahkan.
Berbalik kepada penjualan, harga yang ditawarkan untuk pakej ini adalah RM600.00 sahaja. Sekiranya anda berminat bolehlah terus hubungi ejam melalui email me[at]ejamothman.com atau hubungi nombor telefon 012-3142179.
Harga adalah tetap, tapi rundingan masih boleh diterima.
Terima kasih.





Baru tau, Niagakit tu satu lagi produk dari Flarebiz Network. Kalau Mininiaga memang dah lama tau
Affan Ruslan´s last [type] ..Bercuti Daripada Dunia Blog
niagakit abang sulung kepada mininiaga.
niagakit bermula dengan wp kemudian barulah sistem mereka sendiri.
aku dah tolong promote kat group Jual Beli Domain dan Website..
Anarm´s last [type] ..Terbuka Zip di Google
terima kasih anarm, aku pun nak rekues join group tu juga ler, harap2 diterima.
oo..adik beradik flarebiz network..ptt la macam pernah nampak je..=)
sadiq´s last [type] ..What Printer Can Do For You?
niagakit memang produk flarebiz.
Alhamdulillah, akhirnya domain dan lesen niagakit ini berjaya dijual.
Selamat berbakti kepada tuan yang baru yer.