Haq Semakin Berat, Pembantu Untuk Mendukung Diperlukan

Haq Semakin Berat, Pembantu Untuk Mendukung Diperlukan

Jalan jalan pasar sehari temerloh 3 500x375 Haq Semakin Berat, Pembantu Untuk Mendukung Diperlukan

Lepak dalam kereta sementara tunggu mama siap beli barang

Pagi Ahad pergi jalan-jalan cari makan di Pekan Sehari Temerloh. Ini pertama kalinya bawa Haq pergi ke lokasi ini. Perancangan awal hendak pergi seawal jam 8 pagi, tapi mengantuk punya pasal jam 9.30 pagi baru bergerak lepas siap-siapkan Haq.

Sesampai sahaja cari sarapan dahulu. Sebelum ini ada orang jual Char Kuey Teow di lokasi yang ingin dituju namun telah tidak berniaga beberapa bulan, kini ada peniaga baru ambil alih menu tersebut. Alhamdulillah tidak sia-sia beli kerana rasanya sedap. Isteriku pekena yang basah dan aku yang kering, dengan itu dapatlah merasa kedua-duanya sekali. Waktu hendak mula makan Haq baru sahaja lelap di dalam carrier, maka kenalah extra hati-hati bila makan benda panas dan kena makan perlahan-lahan.

Dengan bantuan carrier yang dibeli tempoh hari maka kini aktiviti berjalan sakan akan lebih mudah lagi, Haq pun boleh tidur ketika berada di dalamnya dan tidak perlu bawa stroller lagi.

Jalan jalan pasar sehari temerloh 4 500x375 Haq Semakin Berat, Pembantu Untuk Mendukung Diperlukan

Jalan jalan pasar sehari temerloh 5 500x375 Haq Semakin Berat, Pembantu Untuk Mendukung Diperlukan

Lokasi Tunas Manja Temerloh

pixel Haq Semakin Berat, Pembantu Untuk Mendukung Diperlukan