Kesan Seperti Darah Pada Lampin Bayi

Merah seperti darah
Perhatikan betul-betul akan tanda merah pada lampin pakai buang tersebut. Timbul kerisauan pula setelah beberapa kali terjadi perkara serupa. Akhirnya sehari sebelum bawa Haq pergi jumpa pakar kanak-kanak hari itu berulang lagi perkara ini. Maka kami bawa bersama lampin ini untuk ditunjukkan pada doktor, dan jawapan yang diterima amat melegakan hati kami.
Doktor memaklumkan bahawa perkara ini adalah normal terjadi sekiranya bayi hanya mengambil susu ibu sepenuhnya. Tanda merah tersebut adalah “kristal protein” katanya yang terbentuk kerana air dalam badan bayi hanya bergantung pada susu ibu sahaja tanpa tambahan air lain.

Hanyalah "kristal protein"
Semoga anak kami Haq akan terus sihat sepanjang masa. Syukur kepada Allah diberikan anak yang semakin bijak dan membesar dengan sihat.



aku ingatkan darah apa la tadi..
titan´s last [type] ..Komisen ke 16 dari Innity
Bro memang tak bagi susu lain ke? huhu memula kompem cuak kan~
ProfHariz´s last [type] ..Gambar Lelaki Kacak
setakat ni Haq minum susu badan jer…hehe
norsaritanaini´s last [type] ..Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api