Bright Child, Cheng Mutiara, Melaka

Klinik Pakar Kanak-kanak Bright Child, Cheng Mutiara

klinik pakar kanak kanak bright child 1 500x333 Klinik Pakar Kanak kanak Bright Child, Cheng Mutiara

Bright Child, Cheng Mutiara, Melaka

Ketika pulang ke Melaka minggu lepas bawa Haq berjumpa dengan Atok dan Neneknya keadaan kembung perut Haq agak merisaukan kerana dia meragam sepanjang hari pertama ketika sampai. Pada hari Isnin kami bawa Haq ke klinik pakar kanak-kanak Bright Child yang terletak di Cheng Mutiara berhampiran dengan pejabat lama yang pernah aku bekerja dahulu.

klinik pakar kanak kanak bright child 3 500x375 Klinik Pakar Kanak kanak Bright Child, Cheng Mutiara

Doktor yang soft spoken

klinik pakar kanak kanak bright child 4 500x375 Klinik Pakar Kanak kanak Bright Child, Cheng Mutiara

Tarik nafas Haq, eh lupa baby lagi..haha

klinik pakar kanak kanak bright child 5 500x375 Klinik Pakar Kanak kanak Bright Child, Cheng Mutiara

Tekan-tekan perut, nasib baik tak terkentut.

Hasil daripada pemeriksaan doktor, Haq memang kembung. Masalah kahak yang kedengaran itu biasa katanya, tidak perlu risau. Kepelikan bila Haq tarik nafas akan timbul sesuatu pada abdomennya juga sudah ditanyakan pada doktor lalu ianya mendapat jawapan tidak perlu risau kerana itu bukan masalah.

Sehari sebelum jumpa doktor ini Haq ada kencing yang meniggalkan kesan merah seperti darah pada lampin pakai buangnya. Sebelum ini pernah jadi tapi aku merasakan tindakbalas pada lampin sahaja. Perkara ini juga turut ditanyakan pada doktor, jawapannya juga tidak merisaukan kerana ianya bukan masalah. Nanti akan aku ceritakan pada entri yang lain berkaitan perkara ini.

klinik pakar kanak kanak bright child 2 500x333 Klinik Pakar Kanak kanak Bright Child, Cheng Mutiara

Ubat kembung perut bayi

Bayaran yang dikenakan sebanyak RM39.00 sahaja. Kami merasakan ianya berpatutan. Maklumlah berjumpa dengan pakar dalam bidangnya.

pixel Klinik Pakar Kanak kanak Bright Child, Cheng Mutiara