Sudah tidak licin lagi.

Terima Kasih @MyMaybank Kerana Maybank Temerloh Kini Telah Berubah

Perubahan pada Maybank Temerloh 1 500x375 Terima Kasih @MyMaybank Kerana Maybank Temerloh Kini Telah Berubah

Sudah tidak licin lagi.

Pada 27 Mac yang lepas aku ada keluarkan entri berkaitan keadaan seram dan bahaya pada ruangan lif Maybank Temerloh, boleh rujuk di sini:- http://ejamothman.com/2012/03/bank-harimau-besar-tapi-lif-bergelap/

Hari ini sekali lagi aku pergi ke lokasi sama untuk urusan kerja, alangkah gembiranya hati keadaan telah berubah menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Ruangan hadapan lif tersebut telah ditempatkan karpet untuk mengelakkan tragedi tergelincir, tindakan yang bagus dan tidak perlukan belanja yang besar.

Perubahan pada Maybank Temerloh 2 500x375 Terima Kasih @MyMaybank Kerana Maybank Temerloh Kini Telah Berubah

Tiada lagi helmet bersepah di tangga.

Sudah ada kabinet bertutup untuk menempatkan helmet pekerja-pekerja Maybank yang menggunakan motor. Kini tidak ada lagi barisan helmet di tepian tangga. Sedap mata memandang sedap lagi kepala yang memakai helmet itu kerana lebih bersih kaedah penyimpanannya.

Perubahan pada Maybank Temerloh 3 500x375 Terima Kasih @MyMaybank Kerana Maybank Temerloh Kini Telah Berubah

Terang sudah.

Lampu di dalam lif juga sudah menyala dan berfungsi, kini keseraman tiada lagi. Maka aku rasa lebih selamat daripada menjadi mangsa rabaan gadis-gadis…haha.

Terima kasih penjaga twitter Maybank Malaysia @MyMaybank kerana mengambil serius akan aduan ini dan begitu juga kepada pihak Maybank Temerloh kerana bertindak bijak sesuai dengan jenama besar Maybank itu sendiri.

pixel Terima Kasih @MyMaybank Kerana Maybank Temerloh Kini Telah Berubah