TF Value Mart di Temerloh Mall

TF Value Mart Cawangan Temerloh Kini Dibuka

TF Temerloh 1 500x375 TF Value Mart Cawangan Temerloh Kini Dibuka

TF Value Mart di Temerloh Mall

Hari ini 28 April 2012 cawangan TF Value Mart Temerloh dibuka kepada orang ramai. Pelbagai tawaran menarik diberikan, antaranya yang menjadi tumpuan ialah AYAM SEGAR RM0.99 sen SEEKOR dengan stok 1000 ekor sahaja disediakan. Disebabkan itulah bahagian timbang diserbu oleh orang ramai yang tidak reti beratur.

TF Temerloh 5 500x375 TF Value Mart Cawangan Temerloh Kini Dibuka

Tempat menimbang diserbu.

Orang Malaysia ni pelik, jika bukan sebab promosi gila-gila begini tahu pula mereka beratur dengan baik. Hari ini petugas kaunter tersebut kena lebih bersabar lagi.

TF Temerloh 6 500x375 TF Value Mart Cawangan Temerloh Kini Dibuka

Kaunter bayaran yang beratur panjang.

Semua kaunter bayaran penuh dan beratur panjang, sehingga tiada ruang untuk keluar bagi sesiapa yang tidak membeli barangan. Terpaksalah gunakan pintu masuk sebagai laluan keluar. Sampai begitu sekali sambutan orang ramai untuk pembukaan cawangan TF terbaru ini.

TF Temerloh 2 500x375 TF Value Mart Cawangan Temerloh Kini Dibuka

Parking dan jalan keluar masuk juga sibuk.

Kemudahan parking tidak mencukupi kerana jumlah pengunjung diluar jangkaan, laluan keluar dan masuk juga sesak. Ada pemilik kenderaan meletak kereta ikut sesuka hati mereka hingga menyusahkan pengguna yang lain, sungguh mementingkan diri.

Apa-apa pun TAHNIAH kepada TF Value Mart untuk pembukaan terbaru mereka ini. Sebagai pengguna kita gunakanlah kelebihan yang ada dalam mendapatkan harga barangan yang murah dan berpatutan.

TF Temerloh 3 500x375 TF Value Mart Cawangan Temerloh Kini Dibuka

Kini Dibuka.

pixel TF Value Mart Cawangan Temerloh Kini Dibuka