Tidak Ambil Iktibar, Adakah Perlu Terjadi Baru Hendak Sedar Diri?

Kereta kosong tiada orang lain, hanya seorang budak kecil.
Meninggalkan anak berseorang dalam kereta. Adakah ini sesuatu yang orang kita suka sangat buat tanpa fikir kesan atau akibatnya? Cuba anda lihat gambar di atas, kereta tersebut kosong tiada orang dewasa yang lain. Hanya ada seorang budak kecil. Bapanya pergi masuk bank untuk ambil duit di ATM. Boleh pula tinggalkan begitu sahaja.

Aku hanya melihat sahaja budak tersebut sementara aku masih di situ.
Memandangkan waktu pagi tidak ramai orang mungkin abah budak ini ambil mudah dalam keselamatan anaknya. Situasi ini berlaku di depan KFC dan Public Bank Kuali Lipis, Pahang pada pagi sabtu yang lepas. Kebetulan aku ada urusan kerja untuk pergi ke Gua Musang berhadapan dengan situasi ini.
Abah budak ini mengambil masa yang agak lama juga, tapi syukur sebelum aku bergerak abah budak ini telah kembali ke kenderaannya. Semoga tidak ada perkara buruk berlaku kepada budak ini atau budak-budak yang lain akibat daripada ambil ringan soal keselamatan anak-anak oleh ibu bapa mereka.



Dah selalu je cerita camni berlaku tapi masih tak ambil peduli.. ke bapa budak ni tak baca suratkhabar atau tgk tv kot
zool´s last [type] ..Kereta bermisai
aku rasa memang jenis manusia camtu juga kot, tidak ambil peduli akan apa yg berlaku di sekeliling dia..
mujur x de apa2..benda nak jadi bukan ada warning..
Kuala Lipis..lama x pegi situ selepas..dah pindah..
Ibu Mifzal Arsyad´s last [type] ..Pertama Kali Dapat Sitelinks Dari Google
tuler pasalnya, aku yg melihat pula risau tak tentu pasal.
Kalau tego, confirm die melenting ckp suke hati aku la, anak aku. Kalau dh diculik-mati-sbg, nak cakap ape pon tak gune dh.
NoktahHitam´s last [type] ..Windows 8 on MacOs Lion via VirtualBox
itulah org dlm kategori pandai tak boleh ditegur bodoh tak boleh diajar…payah2.
bab keselamatan anak kenalah fikir panjang….kalau bukan kes culik…kak jie selalu fikir budak2 bukan dok diam dalam kereta.
kalau diusik gear ke, kaki dia main2 tekan minyak ke…ye lah…budak. dia selalu nengok parents dia memandu tekan2 kaki…. tak pasal2 terjadinya kemalangan dari kecuaian.
Kujie´s last [type] ..Inilah Sebabnya Itulah Ceritanya
tuler kan, byk lg kemungkinan lain yg boleh terjadi.
berpesan kepada diri sendiri juga dalam bab keselamatan anak ini harus berfikir panjang.
dah terhantuk baru nak terngadah. perlu ada langkah pengcegahan sebelum apa2 kejadian buruk berlaku. memang dah ada kes pun, paling serius culek. 5minit punya pasal boleh buat kita menyesal seumur hidup.
nampaknya ramai yang tidak fikir akan sesalan seumur hidup tu, hanya fikir nak mudah dan cepat sahaja.
saya mmg sgt alert bab nih…mmg bahaya tinggal anak dalam kereta,malang tak berbau..
azmanisma´s last [type] ..Entry Gatal
pemikiran kita yang begitu berhati-hati tentang keselamatan anak, tapi tidak pula bapa kepada anak itu…sedih bukan..
kecil lagi budak tu..kesian ditinggalkan dalam kereta sebagai ‘penunggu kereta’…macam2 boleh jadi tu..kadang2 mak bapak ni tak pikir panjang sebelum buat sesuatu..nak cepat aje..
bardboo´s last [type] ..Banyak Ni Je Ke Yang Join?
memang kesian, lagi kesian kalau sesuatu yang tidak diduga terjadi..