Papa Pun Boleh Jaga Haq

Minum susu badan yang dibekalkan mama.
Beberapa minggu lepas isteriku perlu menghadiri bengkel khas yang berkaitan dengan kerja dan tanggungjawabnya di Putrajaya. Perkara ini dapat tahu betul-betul sehari sebelum tarikh perlu hadir, pelbagai perkara perlu disiapkan termasuk perjalanan dan penginapan. Isteriku dapatkan homestay di Putrajaya untuk penginapan. Sebagai seorang suami dan ayah yang baik (puji diri nampak) maka akupun ambil cuti “kecemasan” untuk jadi pemandu dan juga penjaga Haq ketika mamanya berbengkel.
Waktu itulah baru aku tahu bagaimana menguruskan seorang anak yang bijak lagi sihat seperti Haq itu. Stok susu telah disediakan oleh mamanya untuk keperluan sepanjang hari. Aku hanya perlu hangatkan susu tersebut agar suam-suam sebelum diberikan kepada Haq untuk minum. Oh ya bukan sekadar menyusukan sahaja, dari peringkat mandi, menyiapkan serta menghiburkan hati anak kami itu juga termasuk dalam pakej penjagaan yang wajib aku tunaikan, kata papa yang mithali kan (puji diri lagi).

Kenyang sudah.
Sesudah kenyang minum susu memang Haq akan tidur, samaada lama atau sekejap tidurnya itu bergantung kepada keadaan juga. Kalau dapat tidur lama memang dia akan bantai tidur jer, bangun pun untuk menyusu sahaja. Moment beginilah yang harus dirakam, kenangan yang sangat manis. Syukur Alhamdulillah dikurniakan anak yang mudah dijaga dan tidak banyak ragam.

Papa pun nak enterframe juga.
Mama Norsaritanaini pun dapat berbengkel dengan hati yang tenang ketika Haq di bawah penjagaan Papanya yang super-cool ini…hehe

