Pemasangan CCTV Mudah Tapi Mencabar

Paparan CCTV di internet explorer
Sabtu yang lepas aku dan bos aku pergi pasang CCTV di Cawangan Kuantan, ini merupakan lokasi kedua pemasangan CCTV yang kami buat, lokasi pertama adalah di Cawangan Gua Musang. Pertama kali pasang memang bermain dengan logik akal sahaja selepas bos aku menceritakan konsep pemasangannya daripada maklumat yang dia dapat daripada pembekal kamera dan dvr player tersebut.
Pemasangan di Gua Musang makan masa juga tapi berjalan lancar hingga segala setting berjaya dibuat dengan mudah dan boleh diakses, berlainan pula di Kuantan menghadapi masalah pada 1 kamera yang dipasang, sudah puas mencuba pelbagai cara untuk perbaikinya. Akhirnya buat pendawaian baru sebagai langkah akhir, semuanya berjaya diselesaikan Alhamdulillah.
Memasang CCTV ini merupakan pengalaman buat aku, memang bukan termasuk dalam kepakaran atau pengetahuan aku tapi disebabkan kepercayaan yang bos aku berikan maka aku terima sebagai cabaran dalam menimba pengalaman.
Seronok mencuba sesuatu yang baru, tapi bila berhadapan dengan masalah yang aku tidak dapat selesaikan terasa amatlah kecewa sekali.



salam abg ejam, berapa modal utk 1 set cctv 4 camera? dan berapa charge yg awk kenakan kpd customer semua siap dengan setting? sy berminat nak cuba2 menceburi bdiang nii
setakat pengetahuan ejam sekarang untuk 4 unit camera cctv beserta dengan dvr (digital video recorder) boleh dapat pada harga serendah RM1600.00 dan boleh lebih lagi bergantung pada kualiti camera.
kualiti camera akan memberi kualiti yang berbeza pada hasil rakaman dan paparan cctv tersebut.
pemasangan 4 unit cctv beserta dengan segala pendawaian dan setting yang terlibat biasanya dikenakan caj RM600.00 paling rendah.
bagus untuk ceburi bidang ni kerana kesedaran orang ramai dalam menjaga keselamatan harta benda mereka semakin meningkat, jadi permintaan juga bertambah untuk pemasangan cctv.