Pertama Kali Merasa CoolBlog di Temerloh Mall

Pertama kali mencuba.

Hari ini pertama kali aku merasa minuman yang popular dengan nama CoolBlog ini. Lokasi aku membelinya di Temerloh Mall (TF Value Mart Temerloh) yang kebetulan kena ke lokasi tersebut untuk ambil peti sejuk yang majikan aku belikan untuk pekerja asing yang digajikan mereka. Sementara menunggu peti sejuk tersebut sampai maka aku jalan-jalan cuci mata dan ambil peluang untuk merasa CoolBlog tersebut.

Volcano Milk Tea with pearl.

Inilah dia pilihan yang aku berjaya buat setelah rambang mata tidak tahu hendak pilih yang mana satu, begitu banyak pilihan. Mungkin kemudian hari akan cuba minuman lain pula. Pilihan pertama aku ialah Volcano Milk Tea dengan Pearl dengan harga keseluruhan RM3.10 (RM2.50 harga minuman dan tambahan RM0.60 untuk pearl)

Harga yang berbaloi dengan rasanya yang sedap.

InsyaAllah lain kali akan pergi dengan isteri pula untuk mencuba minuman yang lain pula. Boleh bertukar-tukar rasa. Oh ya, memandangkan ini pertama kali aku mencuba CoolBlog, bantuan dan penerangan yang diberikan oleh peniaga tersebut juga amat baik dan jelas dinyatakan apa itu dan ini. Semoga dilimpahkan rezeki dalam perniagaan beliau.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

10 Responses

  1. kimmie says:

    Tak sempat lagi nak singgah Temerloh Mall, mesti sekarang tengah ramai orang kan, maklumlah baru buka.

    • ejam says:

      waktu bekerja tidak ramai mana dah, tapi sebelah malam dan hujung minggu masih lagi meriah dengan orang ramai membeli barang-barang dapur. 🙂

      jangan lupa rasa coolblog tersebut yer, boleh tengok betapa peramahnya peniaga tersebut. 🙂

  2. kimmie says:

    nanti kalau balik Temerloh lagi, memang plan nak singgah pun, boleh la mencuba Coolblog ni.

  3. Ehhhh…. Duduk temerloh ke… 😀 Hehehe… Telah menikmati CoolBlog disitu jugak… Anyway,… Mak marah… Mahal 😛

  4. Kak Emila says:

    Macam sedap je iceblog tu. Lama tak pergi Temerloh, nanti kalau akak pergi melawat saudara-mara di sana, bolehlah singgah beli.

  5. titan says:

    memang sedap benda nih..hilang dahaga dibuatnya. hoho..

  6. Oh! budu says:

    puasa ni rasa macam nak minum cool blog je, kat klantan, xda.. milk tea paling murah.. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.