Suka Tapi Risau Juga Sebenarnya

Syukur Alhamdulillah.
Salam sejahtera, syukur kehadrat Illahi atas kurniaan rezeki-Nya. Beberapa minggu lepas aku sudah ketahui akan status temuduga yang aku pergi beberapa bulan lepas, syukur statusnya berjaya. Gembira atas rezeki itu, namun tetap juga ada perasaan risau dan khuatir tentang penempatan. Risau bakal berjauhan dengan anak dan isteriku lagi. Cukuplah dahulu setahun lebih berjauhan dengan isteri sebelum tinggal bersama dan kini sudah punyai anak, berjauhan sangatlah “menyeksakan”.
24-25 Mei ini aku akan pergi ke Orentasi untuk jawatan ini di Gambang. Ketika itulah aku akan diberikan surat penempatan mengikut maklumat yang tercetak pada surat di atas. Hati jadi berdebar-debar menanti saat-saat diketahui lokasi penempatan.
Kerja sekarang sudah boleh bersedia untuk meletak jawatan secara baik. Tidak boleh toleh ke belakang lagi kerana apa yang aku nantikan kini depan mata. Maka lepaskanlah kerja sekarang untuk masuk ke bidang kerja yang baru, berkhidmat untuk anak bangsa pula.
Mohon doa kawan-kawan semua agar perubahan yang bakal aku sertai ini dipermudahkan.


Syukurlah..wah kerja GOV ker?
Alhamdulillah akhirnya dapat juga keje gomen setelah lama menunggu
semoga dipermudahkan segalanya dan lebih berjaya. sayangkan isteri tinggal2kan.
terima kasih bro DH, tinggal2kan isteri ok lagi, tapi kesian kat anak tu..hehe