Membeli-belah di Parenthood Expo 2012

Pintu gerbang Parenthood Expo 2012
Semalam sempat meluangkan masa bersama isteri dan anak untuk pergi ke Midvalley Kuala Lumpur. Tujuan kami ke sana adalah untuk ke Parenthood Expo 2012 dengan target untuk membeli beberapa keperluan anak kami. Apa yang ingin dicari ialah Car Seat yang lebih besar dan bersesuaian dengan Haq yang semakin membesar dan mula “mengganas” bila berada di dalam kereta. Demi keselamatan anak keluarkanlah sedikit belanja.
Kami sampai dalam sekitar jam 10.30pagi, waktu itu pun sudah hampir penuh parking. Lepas beberapa minit pusing-pusing akhirnya jumpa juga. Memang kebanyakkan mereka yang menderu masuk ke kawasan parking ketika kami sampai adalah dengan tujuan untuk mengunjungi ekspo tersebut.

Posing dulu depan pintu gerbang.

Isteriku sibuk memilih baju anak, murah-murah juga harga yang ditawarkan.

Saat ini belum ramai lagi walaupun sudah nampak agak ramai.
Orang ramai, tempat untuk duduk tidak disediakan maka terpaksalah bersila sahaja di atas karpet tersebut. Semoga pihak penganjur akan memikirkan alternatif untuk memberi keselesaan kepada pengguna yang berbelanja pada ekspo tahun depan.

Tidur kepenatan dalam keadaan bising, tidak pedulikan keliling.

Panduan lokasi mengikut jenama juga disediakan, mudah untuk pengguna mencari barangan.

Parenthood Expo 2013 yang akan datang tahun depan.
Bagus betul, mereka siap tempah tarikh untuk ekspo tahun depan pula, tarikh untuk Parenthood Expo 2013 ialah 12 hingga 14 July 2013 pula. Kepada sesiapa yang ingin berbelanja barangan anak sila ambil note tarikh tersebut.
Aku ada beberapa cadangan kepada pihak penganjur ekspo ini untuk mereka ambilkira ketika mengadakan ekspo serupa tahun hadapan, antaranya ialah:-
1. Menyediakan ruangan tertutup sebagai kemudahan untuk ibu-ibu menyusukan anak, adalah sukar untuk menyusukan anak ketika pengunjung sudah mula ramai membanjiri ekspo tersebut.
2. Sediakan kemudahan tempat menunggu / berehat kepada pengunjung. Ada ketikanya anak-anak kecil tidak sesuai mengikut ibu bapa ketika berada di dalam ekspo, dengan adanya tempat menunggu dapatlah pasangan masing-masing menjaga anak-anak di luar kawasan ekspo agar tidak terlalu padat ruangan ekspo.
3. Mengasingkan tempat penjual lampin pakai buang daripada peserta ekspo lain kerana merekalah punca kesesakan dan kesukaran pengunjung untuk melalui kawasan tersebut.
4. Penganjur perlu bersikap tegas dan mengingatkan peserta ekspo agar tidak meletakkan stok barangan mereka di kawasan laluan pengunjung kerana ianya bakal mendatangkan kemalangan sekiranya barangan besar dan berat menimpa pengunjung atau anak-anak kecil.
5. Keluasan kawasan laluan pengunjung di dalam ekspo perlu diperluaskan lagi kerana jika berselisih kereta sorong anak maka akan berlakulah kesesakan.
Rasanya setakat itu sahaja saranan yang ingin diberikan, mungkin ada banyak lagi faktor yang patut diambilkira untuk tambahbaik.
Kami hanya beli beberapa barangan sahaja kerana bajet perlu dibahagikan sebaik mungkin untuk belanja menyambut Hari Raya Aidilfitri pula.


tahun depan nakgi lagi….hehe
norsaritanaini´s last [type] ..Aku Yang Berdosa