Berbuka Dengan Pizza Hut, Pembelian Dengan Kupon.

Kupon Pizza Hut.
Hari ini berbuka dengan Pizza sahaja. Kebetulan Pizza Hut buat promosi beli 1 regular pizza percuma 1 lagi regular pizza pada kadar harga RM22.25 sahaja mengikut jenis pizza pilihan anda. Kami pilih pizza Chicken Supreme dan Hawaiian Chicken. Sesekali makan berbuka lain daripada kebiasaan, asyik makan nasi sahaja boring juga.
Sekiranya anda ingin dapatkan kupon tersebut sila printkan kupon ini dan serahkan ketika pembelian di mana-mana cawangan Pizza Hut.

Inilah 2 kotak pizza yang dibeli.

Ambil bau dahulu sebelum berbuka.
Inilah pizza tersebut, tidak sabar rasanya hendak baham sebentar lagi. Selamat Berbuka Puasa semua..


