Home » Aku Dan Kehidupan » Kau Yang Terindah

Kau Yang Terindah

Kau yang terindah..

Alam perkahwinan sesuatu yang indah namun tidak dalam semua hal, adakalanya pasti disulami dengan sedikit masalah biasa alam rumahtangga. Walaupun ada masalah timbul jangan jadikan ianya sebab untuk terus bermasam muka atau terus bersengketa. Ingatlah saat-saat indah ketika bercinta dahulu sebagai penguat diri…

Saat bercinta aku dan isteri tidaklah begitu romantik kerana kami secara senyap-senyap memendam rasa antara satu sama lain secara diam-diam. Tiada istilah berterus terang pada peringkat permulaannya, memang sebagai kawan-kawan rapat sahaja. Kami berkawan di dalam kumpulan kelab kereta. Ketika itu kami sama-sama memiliki Myvi maka ketika itulah perkenalan kami bermula.

Kau Yang Terindah 01 500x500 Kau Yang Terindah

Aku, dia dan Myvi itu…

Sekiranya kami ingin bertemu dan bertentang mata maka ketika berjumpa beramai-ramai dengan kawan sama kelab keretalah masa dan peluangnya. Selepas kawan-kawan yang lain tahu perhubungan kami bila menerima kad jemputan kahwin barulah mereka perasan bahawa setiap kali ada aku mesti isteri aku juga ada bersama dalam mana-mana perjumpaan kelab. Itulah yang dikatakan cover baik punya.

Bulan Ogos tahun 2008 aku memberanikan diri ikut isteriku pulang ke kampungnya untuk berjumpa dan berkenalan dengan keluarganya. Kononnya hendak merisik dan meminta izin secara bersendiri, macholah sangat padahal diam seribu bahasa. Itulah aku yang sebenar, kurang bercakap pada permulaannya tapi kalau sudah kenal baru tahu aku bagaimana. Syukur Alhamdulillah keluarga isteriku dapat menerima aku seadanya.

Kau Yang Terindah 02 500x500 Kau Yang Terindah

Langkah pertama untuk hidup bersama..

Selepas memohon restu dan aku juga telah memaklumkan hasrat hatiku ketika itu kepada abahku maka perancangan untuk bertunang terus kami buat. Sebelum bertunang lagi kami terpaksa berpisah kerana isteriku dapat peluang bekerja di dalam sektor kerajaan dan ditempatkan di Mentakab, Temerloh. Segala urusan persiapan barangan untuk bertunang terpaksa juga dibuat secara jarak jauh, bincang dengan YM dan kemudian baru tetapkan masa untuk sama-sama membeli persiapan. Dalam pertunangan sudah kejauhan, syukur kerana kami tidak terlibat dengan sesuatu yang tidak seharusnya terjadi oleh pasangan yang bertunang. Jarak dan kekangan masa membuatkan kami teruskan sesi bercinta dan berkenalan melalui YM sahaja.

Bertunang sudah, proses persiapan untuk bernikah pula diteruskan. Masih lagi dalam jarak jauh segalanya dirancang dan dilaksanakan. Tarikh 25 September 2009 dipilih untuk bernikah. Apa yang dirancang berjalan dengan baik, kami bernikah pada tarikh yang telah dirancang.

Kau Yang Terindah 03 500x500 Kau Yang Terindah

Raja sehari..

Alhamdulillah atas perkahwinan dan persefahaman yang berjaya kami perolehi walaupun proses berkenalan dan bercinta hanya selepas ijab dan kabul. Bercinta selepas kahwin lebih indah sebenarnya.

Selepas berkahwin kami hanya mampu jadi suami isteri jarak jauh kerana aku masih bekerja di Melaka manakala isteri bekerja di Mentakab. Rezeki untuk mendapat zuriat ketika berjauhan tidak berpihak kepada kami kerana apa yang ditentukan oleh Allah untuk kami adalah yang lebih indah lagi perjalanannya.

Nekad pada awal tahun 2011 aku berhenti kerja di Melaka lalu berpindah ke Mentakab setelah berjaya mendapatkan kerja baru di sini. Walaupun berat hati untuk meninggalkan tempat kerja lama tapi harus kuatkan nekad demi isteri dan keluarga kami. April 2011 ketika kami telah tinggal bersama syukur yang tidak terhingga kerana apa yang kami impikan menjadi kenyataan. Syukur Alhamdulillah isteriku disahkan mengandung anak sulung kami.

Ketika mengandung isteriku diberikan sedikit ujian ringan, alahan yang teruk untuk tempoh yang lama tapi kami berjaya menguatkan semangat sesama kami agar tabah dalam menerima ujian ringkas dari Allah untuk kami timang cahaya mata kami.

bbbanner468x60 Kau Yang Terindah

Isteriku keluar masuk hospital ketika di hujung-hujung kandungannya agak kerap sehinggalah saat kelahiran cahaya mata kami pada 18 Januari 2012.

Saat bertarung dengan kelahiran putera kami itu masih lagi kuat dalam ingatan. Hampir hilang semangat isteriku dibuatnya namun aku cuba berikan kekuatan yang berbaki pada aku untuk dia terus kuat bertarung. Pengalaman berada di sisi isteriku ketika menyambut kelahiran anak kami adalah sesuatu yang sangat berharga dan dengan itu barulah aku sedar akan betapa besarnya pengorbanan ibu.

Kau Yang Terindah 05 500x500 Kau Yang Terindah

Saat-saat menanti kelahiran putera kami.

Pada 25 September 2012 ini genaplah usia perkahwinan kami 3 tahun. Syukur pada-Mu atas kurniaan kebahagiaan yang terindah buat kami. Semoga dari bertiga boleh bertambah lagi hendaknya jumlah ahli keluarga kami. Rezeki dari-Mu kami terima dengan berlapang dada. Ujian dari-Mu juga kami terima dengan keimanan.

Kau Yang Terindah 06 500x500 Kau Yang Terindah

Mereka pelengkap hidupku..

Terima kasih sayang isteriku Norsaritanaini bte Mahasan dan anak kami Dhiyaulhaq Zhafran atas kebahagiaan ini.

P/S: Sama-samalah kita berdoa agar dapatlah kita hadiah pakej penginapan tiga hari  dua malam  ( 3D2N) di Legend Cherating Resort yang akan diberikan oleh Kak Kujie sempena contest ringkas di blog beliau sempena ulangtahun perkahwinannya yang ke-20.

 

3,084 total views, 30 views today

Tags :
Previous post link
Next post link

About Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

19 Comments

  1. sweet.. semoga kekal bahagia hingga ke akhirnya.. amin..

    ujian mematangkan kita.. dan lebih mendekatkan diri kita kepada Nya..
    suraya recently posted…Cinta Pertama dan Yang TerakhirMy Profile

  2. as salam

    moga terus bahagia dunia akhirat…

    p.s-terjah ke sini dari blog kak jie =)
    hafizmd recently posted…9 Keajaiban Rahim Ibu!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Denaihati.com

Scroll To Top