Ujian Perintah AM Pula Bakal Dihadapi.

Buku Panduan Untuk Peperiksaan AM Kerajaan.

Habis Kursus Induksi kini giliran persediaan untuk ambil Ujian Perintah Am bagi Kakitangan Awam yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia. Mengikut tarikh yang didapati ketika mendaftar ujian tersebut ialah 03 Oktober 2012 nanti, hanya beberapa hari sahaja lagi masa yang ada untuk khatamkan buku panduan yang SANGAT TEBAL lagi banyak maklumat yang perlu diingat.

Apa yang aku dapat katakan ialah berserah sahaja selepas aku berusaha membaca apa yang patut. Memandangkan tiada topik yang boleh diagak apa yang bakal ditanya maka perlulah baca semua, ingat atau tidak itu belakang kira. Selalunya bila sudah baca bolehlah bermain dengan logik akal pula ketika sesi menjawab.

Semoga aku lulus dengan cemerlang ujian ini juga agar proses Pengesahan Jawatan aku dapat diterima lebih awal dalam tempoh yang diberikan.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. Anuar says:

    Good Luck.. Saya doakan semoga awak lulus perintah am dengan cemerlang .. Cayok2..

  2. Intan says:

    Salam, nak tanya,

    mana boleh beli buku ni ya ?

    sebab kakak saya suruh cari. dia nak exam naik pangkat.

    • Ejam Othman says:

      Salam. Buku ini biasanya mmg ada jual di kedai buku utama yg besar. Harga agak mahal sy cadangkan pinjam sahaja sebab gunanya tidak lama dan boleh bawa masuk buku kalau ujian itu benarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *