Ada Hati Hendak Duduk Sendiri Dalam Kereta.

Macam budak besar dah.

Malam tadi keluar pergi bank bayar kereta, lepas tu pergi makan. Masa dalam perjalanan cari makan berhenti di lampu isyarat Haq mula tunjuk pandai dengan mamanya bila hendak dipegang dia meronta hendak duduk sendiri. Maka mamanya biarkan dia duduk seketika sebelum kereta mula bergerak. Bukan main seronok lagi bila dia dapat buat benda yang tidak kita bagi buat.

Kereta dah mula gerak tahu pula takut.

Bila kereta sudah mula bergerak barulah dia takut, dalam pada takut tu pun bukan nak duduk dengan mamanya tapi masih lagi hendak duduk sendiri.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. Anuar says:

    Biasalah tu anak2 kecil Bro.. Memang bahaya bila anak2 kecil duduk sendiri dalam kereta.. Anak saya pernah terkunci dekat dalam kereta dan kunci tersebut ada pada beliau.. Masa tu beliau baru berusia setahun setengah..

    Perkara tu berlaku di atas keseilapan saya.. Kunci tersebut terlepas dari tangan saya semasa saya meletakkan anak saya dekat seat depan.. Nak dijadikan cerita, anak saya terduduk dekat kunci tersebut dan tertekan button lock.. Macam2 cara saya suruh anak saya tekan balik remote kereta yang ada pada beliau.. Tapi dia tak faham… dekat sejam jugalah saya mengarahkan beliau menekan button tersebut… Akhirnya dengan izin Allah, barulah anak saya berjaya menekan button unlock pada remote kunci kereta tersebut… Syukur Alhamdulillah..

  2. titan says:

    haha..biasalah tu wehh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.