Baby Training ToothBrush Untuk Haq.

Satu paket ada 3 level berus gigi mengikut umur bayi.

Set Baby Training ToothBrush keluaran Pigeon ini dibelikan untuk Haq berlatih memberus gigi. Walaupun jumlah gigi belum banyak tapi pengenalan awal adalah cara terbaik untuk memastikan anak-anak terbiasa dengan rutin memberus gigi seharian. Dalam 1 set ini terdapat 3 berus gigi disediakan mengikut peringkat umur.

Buat masa ini Haq menggunakan peringkat pertama iaitu untuk umur 6 hingga 8 bulan bagi bayi yang mempunyai 2 hingga ke 3 gigi susu sahaja.

Gosok jangan tak gosok.

Tahap keselamatan penggunaan berus gigi ini boleh dikatakan baik dan sesuai untuk baik, terdapat alat tambahan untuk menyekat pergerakan berus gigi tersebut daripada terus ditolak oleh bayi ke dalam mulut dan dapat mengelakkan terkena tekak bayi.

Sambil lepak-lepak pun boleh gosok gigi.

Bagi berus gigi level kedua akan digunakan oleh bayi setelah umurnya 6 hingga 12 bulan dengan jumlah gigi susu 8 hingga 10 batang. Level ketiga pula untuk bayi berumur 12 bulan ke atas dengan gigi susu yang telah lengkap.

Harga 1 set ini hanya RM26.00 sahaja, mungkin ada tempat menjual pada harga lebih murah lagi.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.