Bila Yang Lama Sudah Beri Tanda, Tolonglah Bersabar Bukan Sekarang Masanya.

Bateri pun sudah rosak.

Laptop Compaq ini telah berkhidmat lebih 3 tahun, terima kasih banyak. Namun sekarang dia telah menunjukkan beberapa simptom yang agak berat buat aku. Tolonglah jangan meragam buat masa ini, berilah setahun lagi masa perkhidmatan. Untuk mendapatkan ganti kau buat masa ini aku belum berkemampuan lagi kerana banyak lagi perkara yang harus diutamakan.

Berkhidmat dengan baik dan cemerlang.

Sepanjang 3 tahun berkhidmat dengan aku dia berkelakuan baik dan cemerlang sekali. Sudah banyak juga hasil yang aku dapat daripada khidmatnya, walaupun tidak sebanyak mana namun aku tetap bersyukur.

Tiada orang atau syarikat yang ada buat pertandingan hadiah laptop ker sekarang? Kalau ada sila bagitahu yer bolehlah aku turut serta dengan harapan ingin menang laptop…boleh.

Sabar yer sayang, tolong jangan meragam.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. Anuar says:

    Sabar yer Bro.. saya juga pernah mengalami situasi yang pernah Bro alami sekarang.. Insya Allah, tak lama lagi adalah rezeki dapat beli Laptop baru..

    Saya ada buat pertandingan.. tapi hadiahnya tidaklah semahal Laptop tersebut.. tapi bolehlah awak kumpul duit tersebut sebelum cukup untuk membeli sebuah laptop baru.. 😉

    • ejam says:

      InsyaAllah, mungkin ada rezeki yang lain untuk dapat laptop baru, siapa tahu kan.
      Wah ada pertandingan yer…terjah jap..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.