Bosan Jalan Jauh.

Mama pergi toilet kejap, kita posing ambil gambar yer.

Gambar ini sempat diambil ketika berhenti seketika di Stesen Petronas Jempol, sebelum itu baru sahaja berhenti makan tengah hari. Ketika makan Haq juga disuapkan nasi, dia tidak makan banyak. Aku dan isteri ambil giliran makan, selepas sahaja aku selesai makan Haq sudah mula buat perangai sedangkan waktu itu mamanya baru hendak mula makan.

Mata mengantuk tapi tak nak tidur.

Mata pun sudah tak larat nak buka tapi ada hati nak main dan buat perangai. Ini baru 4 jam punya perjalanan dari Melaka ke Temerloh, belum lagi 8 hingga 9 jam perjalanan yang akan ditempuh setiap kali balik Kelantan. Minggu pertama cuti sekolah nanti akan balik Machang pula, adakah Haq dapat memberi kerjasama penuh ketika perjalanan. Risau juga dibuatnya. Mengikut perancangan, jadual perjalanan ke Kelantan nanti akan dibuat pada sebelah malam iaitu dimulakan ketika hampir dengan waktu tidur Haq. Dengan harapan dia akan tidur sepanjang perjalanan sehinggalah sampai ke kampung.

 

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.