Gentel, Tarik dan Gigit.

Haq suka gentel butang baju.

Dalam pada melayan mata hendak tidur biasanya macam-macam boleh dilakukan. Maka layankan jugalah supaya lagi cepat dia tidur lagi bagus. Butang baju kalau dia dapat gentel memang leka. Kalau pakai baju berbutang dan ketika mendokong dia memang ke situlah jarinya walaupun mata pandang ke tempat lain.

Tarik cermin mata papa syok juga.

Ini tidak syok bagi papa, mana tidaknya kalau patah cermin mata tak pasal-pasal kena buat yang baru. Papa tengah kumpul duit hendak buat lansik jadi memang tak nak tambahkan power cermin mata lagi. Bila dah buat lansik nanti barulah seronok nak gurau-gurau dengan Haq.

Menggigit adalah cara lepas geram.

Gigi baru dua batang, itupun sudah cukup menyeramkan bagi papa dan mama kalau Haq menggigit. Apatah lagi bila sudah semakin banyak gigi keluar maka Haq harus didisiplinkan untuk tidak buat apa yang tidak sepatutnya. Silap-silap kalau dah sakit sangat kena gigit boleh terlempang juga, harap-harap aku mampu kawal tindakan spontan itu daripada terjadi.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.