Haq Berjalan-jalan Di Pekan Sehari Temerloh.

Tengok apa tu Haq.

Pagi ini bawa Haq berjalan-jalan di Pekan Sehari Temerloh. Tujuan aku dan isteri hanyalah hendak bersarapan sahaja. Awal pagi kawasan rumah aku turun hujan, maka aku merasakan kawasan pasar tersebut juga hujan dan terpaksalah menunda seketika rancangan untuk ke sana. Namun bila hujan sudah berhenti barulah kami pergi, sekitar jam 9 pagi sampai kami di sana.

Sarapan kami berdua ialah Char Kuey Teow, Haq hanya tengok sahaja kerana dia telah makan Lempeng Oat Pisang yang mama dia buatkan. Lepas selesai makan kami berjalan seketika, biar Haq leka sikit tengok orang ramai dan hilangkan bosan dia.

Panas sangat ker Haq, relaks ler..

Banyaknya mainan, nak satu boleh?

Aik tido ker? Drama jer tu, jangan percaya sangat.

Lepas siap pusing-pusing cuci mata pergi ke pasaraya TF Temerloh pula untuk beli beberapa barangan dan kemudian terus balik kerana mama hendak masak lauk makan tengah hari pula.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *