Jiran Yang Ditegur Sekali Berubah, Lepas Itu Buat Balik.

Tengok tu, parking kereta ikut suka.

Hidup berjiran itu penting, tapi boleh jadi pening kalau dapat jiran yang kurang ajar. Sudahlah anak-anaknya suka buat bising hingga lewat malam depan rumah aku, mak bapak dia pun ada perangai kurang ajar. Bila parking kereta ikut suka mereka jer. Kalau dah terlebih macam dalam gambar itu akan menyusahkan aku hendak masukkan kereta. Bila ditegur suruh alihkan kereta dia nanti malu sendiri. Kenapa perlu ditegur baru hendak fikir yang awak itu menyusahkan orang yang bernama jiran.

Tolonglah hormat aku sebagai jiran.

Depan rumah dia serabut dengan semak dan sampah, adalah baik jika dia kemaskan kawasan tersebut dan sediakan tempat untuk anak perempuan dia menggatal tiap-tiap malam dengan jantan. Ini tidak depan rumah aku juga anak-anak dia hendak memekak berkumpul dengan kawan-kawan dia. Bukan aku tidak pernah tegur, berteriak jugalah aku pada suatu malam dulu bila anak dia masih memekak depan rumah aku pada jam 11 malam. Waktu itu barulah terkial-kial mak bapak dia keluar rumah panggil anak-anak dia masuk rumah.

Sebelum anak-anak perempuan kau rosak baiklah engkau ubah apa yang patut. Melawan cakap engkau sebagai ibu bapa pun aku dah nampak sangat kerap. Jangan terkejut sekiranya sesuatu yang buruk berlaku barulah engkau hendak sedar. Itupun kalau rasa nak sedar diri.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *