Kalau Fokus Sekejap Sahaja Sudah Siap

Lambakan helaian kertas soalan pelajar.

Sudah hujung tahun dan tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum sekolah menamatkan sesi persekolahan bagi tahun 2012. Dengan ini segala bentuk peperiksaan akan giat dilakukan dalam menilai prestasi pelajar. Cikgu-cikgu memang sibuk menyiapkan segala benda.

Bantuan aku diperlukan oleh cikgu yang biasa berurusan dengan aku, ini tidak mengapa kerana aku sedia membantu. 360 set soalan mesti disiapkan. Hanya dengan fokus pada tugasan ini semuanya dapat diselesaikan dalam sehari.

Siap dikerjakan.

Cara kerja kena betul, susun atur pergerakan kerja juga mestilah memudahkan agar tidak banyak berlaku pembaziran masa. Aku suka merancang kerja aku sebaik mungkin kerana aku tidak suka ianya tidak selesai.

Sedia untuk diambil oleh pemiliknya.

Sebelum habis masa kerja semuanya sudah selesai dan sedia untuk diambil kembali. Selamat menjawab soalan wahai pelajar. Tidaklah susah mana soalannya janji kamu ulangkaji dan hormat pada guru barulah berkat ilmu tu.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *