Manja Lebih.

Kononnya hendak tidur, puas dah didodoi.

Malam tadi punya hal ni, puaslah pujuk dan rayu supaya Haq tidur. Bukan hendak paksa atau apa tapi disebabkan dah nampak dia mengantuk sangat. Saja ditahannya mata tu. Bila dalam keadaan mengantuk-yang-tidak-diakui ini kalau bermain pun mesti ada yang tidak kena. Risau dia jatuh atau tersembam jer.

Tidak juga tidurnya.

Mama Haq terpaksa upah dengan susu beberapa sesi agar di layu dan tidur. Namun usaha tersebut nyata sia-sia, hanya sekitar jam hampir 11 malam barulah dia benar-benar menyerah kalah lalu selamat lenanya.

Bila Haq sudah lena barulah boleh kami juga tidur sama, bukan boleh dibiarkan dia seorang berjaga nanti ada saja agendanya.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.