Naik Troli AEON Seronok Juga Rasanya.

Pertama kali merasa naik troli ini.

Semalam petang sempat jalan-jalan ke AEON Bandaraya Melaka untuk cari beberapa barangan makanan Haq, kata mama Haq banyak pilihan makanan yang pelik-pelik dan sesuai untuk menguji rasa dan selera Haq. Pertama kali juga meletakkan Haq di dalam troli, sebelum ini ketika membeli-belah di Mentakab ataupun Temerloh memang tidak pernah letak Haq dalam troli kerana dia belum pandai duduk.

Memandangkan sekarang sudah pandai duduk walaupun belum begitu hebat dan stabil lagi tapi sudah cukup meyakinkan aku untuk beri dia peluang merasai duduk dalam troli. Bukan main seronok tengok dia, rasa macam bebas untuk melihat orang ramai. Lagipun kaki yang tergantung-gantung itu seronok baginya untuk dihayun-hayunkan.

Entah apa yang leka dipandangnya tu, muka berkerut.

Mudah bosan itulah Haq anak kami. Cepat benar dia menunjukkan kelakuan kebosanan. Sesekali kena keluarkan dia dari troli dan berdukunglah jawabnya buat seketika melayan kehendak putera yang seorang ini. Sekarang ni kalau dia bosan pasti dia akan menjerit dengan kuat, tidak kisah keadaan sekeliling dah.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *