Nampak Macam Berani, Tapi…

Seronoknya naik ayam KFC ni.

Gambar ini sudah lama, dalam bulan lepas juga rasanya. Pertama kali mencuba makan KFC 24 jam yang baru di Temerloh. Saja hendak tengok-tengok keadaan dalam bangunan tersebut, boleh tahan cantik juga rekabentuknya.

Ketika papa dan mama makan Haq tertarik pada permainan tersebut bila melihat ada budak-budak seronok bermain. Sejurus lepas kami habis makan bawa dia ke kawasan tersebut untuk merasa keseronokkan yang dia tengok tadi. Mula-mula raut wajahnya macam seronok tapi lepas itu berubah pula.

Aik macam takut pula..

Alahai anakku Haq, kau memang kan bila tengok orang lain main bukan main seronok dan tersengeh jer. Bila bagi dia merasa mulalah kejap saja seronoknya lepas tu mula takut. Releks ler papa dan mama kan ada disisimu.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. Anarm says:

    terus masam muka Haq.. hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *