Pentas Bertemakan Halloween di Dataran Pahlawan Melaka Megamall.

Cantik kan pentas ini.

Sempat berjalan-jalan sekitar Dataran Pahlawan Melaka Megamall tadi sementara tunggu 2 jam untuk Kad Pengenalan baru siap di UTC Melaka. Daripada balik lebih baik menghabiskan masa dengan mencuci mata. Saja bawa Haq berjalan-jalan tengok keadaan sekeliling, namun begitu sekejap sahaja sudah meragam kebosanan nampaknya. Terpaksalah memendekkan masa bersiar-siar dan terus ke UTC Melaka semula untuk ambil Kad Pengenalan yang telah siap.

Comel momok tu.

Balik daripada UTC Melaka sempat singgah ke Klebang Coconut Shake untuk menghilangkan dahaga. Sudah berubah nampaknya lokasi mereka, ada 2 bahagian nampaknya. Yang tepi jalan ditinggalkan beberapa payung dan pekerja sahaja untuk tujuan menjual Coconut Shake yang hanya untuk bungkus dan bawa pergi. Manakala yang di bahagian dalam (perlu masuk lorong kecil ke hujung jalan) pula adalah tempat bagi mereka yang ingin makan dan minum di lokasi. Sangat bagus perubahan ini, dapat mengurangkan kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.