Rindu Nenek.

Rindu sangat ker tu? Drama jer, toksah percaya sangat.

Petang tadi keluar jalan-jalan ke rumah pengasuh yang menjaga Haq. Jalan kaki sahaja sebab dekat sangat dengan rumah kami. Memandangkan hari ini mama Haq cuti maka Haq kebosanan di rumah seharian, kereta pula aku pakai sebab pagi tadi hujan. Sesampai sahaja di rumah nenek tu Haq bukan main punya seronok, nak pula dapat jumpa kakak kawan tarik rambut Haq.

Kakak Qalisya suka layan Haq, rambut kakak pun sedap ditarik-tarik.

Sempatlah Haq tarik rambut kakak tu lepas geram agaknya. Dalam 30 minit jugalah lepak depan rumah nenek tu, seronok juga Haq tengok ramai budak-budak main.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. NoktahHitam says:

    Seronok rumah baby sitter dekat2

    • ejam says:

      syukur sangat dapat dekat, jenguk keluar pagar dah boleh nampak rumah pengasuh.
      opah tukang urut yang mengurut wife rekemenkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *