Suasana Sunyi Di Tempat Kerja Bakal Tiba

Tinggal sebulan sahaja lagi untuk sekolah mula bercuti.

Hari ini sudah 08/10/2012 yang mana hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum sesi persekolahan tahun 2012 tamat. Cuti sekolah yang bakal bermula pada 10 November 2012 sehingga 02 Januari 2013 adalah masa untuk aku teruskan juga kerja. Perancangan sepanjang cuti sekolah tersebut aku perlu lakukan agar kerja-kerja yang perlu dilaksanakan dapat diselesaikan sebelum buka sekolah kembali.

Sudah ada beberapa rutin tahunan yang perlu dibuat dan beberapa inisiatif persendirian yang perlu dibahagi sama rata pelaksanaannya agar semuanya berjaya diselesaikan pada masa yang ditetapkan. Ini mungkin pengalaman pertama untuk aku juga, benda yang tidak pernah dilakukan ketika cuti sekolah. Perancangan dan pelaksanaan aku perlu juga mengambilkira kerja rakan sekerja yang sedang bercuti rehat panjang.

Yang lama perlu nampak baru…macam mana tu?

Berjuang habis-habisan ketika cuti sekolah nanti.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *