Tukar Kad Pengenalan Baru di UTC Melaka, Mudah dan Cepat.

UTC Melaka.
Alhamdulillah, semalam telah selamat menukar kad pengenalan aku yang lama dan telah rosak kepada yang baru. Kebetulan aku sudah bercuti dan balik ke Melaka untuk cuti Raya Aidiladha maka aku ambil keputusan untuk menukarnya di UTC Melaka. Memandangkan adik aku telah tukar kad pengenalannya di UTC Melaka dan mengatakan prosesnya mudah maka aku ingin lihat dan rasai sendiri tahap kualiti kerja Jabatan Pendaftaran Negara tersebut.
Sekitar jam 10.30 pagi aku sudah sampai ke lokasi yang dituju. Aku terus masuk ke bangun tersebut dan bertanyakan lokasi untuk membuat kad pengenalan, dilayan dengan baik oleh staf kaunter tersebut (seorang wanita india).
Menunggu lif suatu penantian yang membosankan kerana agak lambat dan lama menanti. Buang masa jer rasanya. Mungkin juga sebab ramai orang, ok itu boleh diabaikan.

JPN UTC Melaka.
Sejurus sampai ke JPN ambil nombor giliran, ada lebih kurang 15 orang harus ditunggu sebelum sampai giliran aku. Ramai juga orang namun tidaklah lama, dalam 11.30 pagi sudah sampai giliran aku.

Tunggu giliran dengan sabar.
Nombor giliran aku dipanggil di kaunter 4, dilayan oleh Cik/Puan Suliza yang TIDAK tahu senyum dan menjawab salam agaknya. Dengan muka ketatnya hanya duduk mengadap skrin memberi arahan dan bertanya, tiada interaksi yang baik dan sopan. Aku pelik ketika sesi ambil gambar kenapa dia tidak memberi peluang aku untuk tengok hasil gambar yang diambil sedangkan pegawai kaunter 3 berbuat demikian kepada setiap pelanggannya. Sungguh tidak mesra layanan yang diberikan, tolonglah bersikap lebih ramah kerana anda adalah barisan hadapan kepada sebuah pertubuhan.

Sudah siap proses di kaunter, tunggu masa untuk ambil sahaja.
Pegawai muka ketat tersebut memaklumkan boleh ambil semula kad pengenalan yang baru selepas 2 jam. Sungguh cepat proses penukaran kad pengenalan tersebut. Bagus sekali.

Sedia untuk ambil kad pengenalan baru.
Sekitar jam 2.30 petang aku sampai ke UTC Melaka semula untuk ambil kad pengenalan yang telah siap, syukur kerana tidak berurusan dengan kaunter atau pegawai yang sama. Kaunter 2 melayan dengan senyuman, salam disambut dengan baik. Terima kasih kerana pegawai tersebut pandai menjaga imej barisan hadapan JPN Negeri Melaka.
Wah.. Bestnya dah tuak kad pengenalan baru.. Ingatkan orang beraya pakai kasut, baju, dan seluar baru..
Ada juga orang beraya pakai kad pengenalan baru.. hehehe.. Gurau2 jer yer.. harap jangan ambil hati..
Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat menyambut hari raya Aidil Adha.. Saya kirimkan koleksi ucapan hari raya sms sebagai tanda ingatan dari jauh..
kebetulan ada masa tu yg tukar, lg pun kad pengenalan lama punya cip dah tercabut..
jgn risau, saya boleh terima gurauan 🙂