Haq Pergi Klinik.

Menegur abang-abang di barisan kerusi belakang.

Pagi tadi mama Haq tidak bekerja, terpaksa ambil cuti kecemasan kerana panas Haq masih belum berkurangan. Aku pergi kerja macam biasa, dalam sekitar jam 9 pagi aku minta pelepasan untuk keluar sekejap pergi klinik. Aku jumpa Haq dan isteriku di sana sahaja kerana klinik tu pun bersebelahan dengan tempat aku bekerja.

Tunggu giliran ambil ubat.

Ketika peringkat pertama untuk dapatkan bacaan suhu jururawat senior ada bagi cadangan agar dapatkan label merah agar Haq dapat segera berjumpa dengan doktor tanpa menunggu giliran. Sangat bagus ada kelebihan bijak begini bila ianya melibatkan anak kecil.

Mari posing dengan mama.

Ketika berjumpa doktor (bilik nombor 10) kami menceritakan ciri-ciri yang ada dalam demam Haq, punyalah bagus doktor tu setiap maklumat dicatatkan pada kad rawatan. Hasil daripada pemeriksaan luaran doktor menyatakan Haq hanya demam biasa tapi ada bengkakan pada tonsil sedikit dan tiada jangkitan pada paru-paru. Syukurlah demam biasa sahaja.

Nak duduk sendiri atas kerusi.

Dalam jam 10.15 pagi selesai segala urusan di klinik, mama dan Haq balik ke rumah dan aku terus ke tempat kerja semula. Alhamdulillah urusan di klinik hari ini berjalan lancar sekali. Terima kasih semua.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. Anarm says:

    aku tengok Haq macam orang tak demam je.. hehe..

    • ejam says:

      kalau tgk dia punya aktif mmg tak macam orang demam pun, tapi bila dia nak bermanja tu nak gerak ke dapur pun tak boleh.. 🙂

  2. Hafizul says:

    emm satu jer masalah sy bila anak demam ni..selera makan, mood tidur, mood ceria akan hilang smp lah si anak tu smebuh..semoga adik haq cepat sembuh yer..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.