Persempadanan Yang Tidak Munasabah.

image

Taman perumahan baru di sebelah Kolej Komuniti.

Timbul tanda tanya pula bagaimana projek taman perumahan baru ini boleh diluluskan oleh PBT Temerloh. Dibina di tengah-tengah antara sekolah rendah dan kolej komuniti.

image

Belakang rumah hampir pagar kolej.

image

Sangat hampir

Dengan harga rumah tersebut yang menghampiri nilai RM400,000 seunit bakal menimbulkan suasana yang tidak elok pada persekitaran pembelajaran. Bunyi bising daripada mana-mana pihak bakal mengundang amarah.

image

Pegawai perancang bandar yang terlibat dalam memberi kelulusan patut turun padang dan fikir panjang. Simpang yang bakal dibina untuk keluar masuk akan mendatangkan bahaya pula kerana terlalu banyak persimpangan berhampiran. Keluasan jalan harus diperluaskan sebaik mungkin bukan sekadar besarkan kiri kanan jalan di kawasan berhampiran simpang saja.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.