Tabahkan Diri Ketika Dibuli.

Mama dan papa buli Haq.

Eeeee geramnya.

Ala mama dan papa letak balik.

Aktiviti petang hari di rumah. Selepas tidak tahu hendak main apa lagi dengan Haq maka inilah hasilnya. Bekas tersebut dibuat tadah air untuk dilapkan pada badan Haq sebab tidak mahu dia mandi kerap sangat (baru baik dari demam). Biasanya bila hendak lap dia mesti dia menyibuk hendak usik bekas air tersebut, maka lepas selesai urusan tersebut inilah ubatnya untuk budak bijak ni.

Seronok juga kacau dia sampai menangis, lagi seronok kalau dia tahan mengantuk pura-pura tidak mahu tidur maka buatlah dia menangis baru tidur. Kaedah ini tidak boleh dibuat selalu kerana boleh memberi kesan pada emosi anak, sesekali bolehlah tanda bergurau senda.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.