Comotnya Cik Cinta Wangi.

image

Comot sangat.

Malam tadi jam 11.30 malam sampai ke Machang dengan selamatnya, syukur Alhamdulillah. Sepanjang perjalanan ditemani dengan hujan, ada kawasan yang lebat ada yang tidak. Agak banyak juga “halangan” di jalanan dengan kerja-kerja penurapan jalan. Hendak habiskan bajet hujung tahun agaknya walaupun cuaca hujan nampak tidak sesuai turap baru jalan.

Sepanjang jalan dari Temerloh melalui Jerantut ke Gua Musang memang banyak jalan rosak. Penat rasanya mata sebab kena fokus lebih pada jalanraya untuk elak lubang. Sebelum sampai Kuala Krai terpaksa berhenti lelapkan mata sekejap kerana mengantuk sangat. Dapatlah rehat 30 minit sebelum mulakan perjalanan.

image

Cuaca cerah pagi ini.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.