Rezeki Orang Jujur, Terima Kasih Zalora.

Sedia untuk dihantar semula.

Sedia untuk dihantar semula.

Semalam aku ada bangkitkan isu berkaitan Zalora Malaysia yang terlebih hantar dompet yang aku beli, setelah aku buat entri di blog dan maklumkan pihak mereka melalui Facebook Zalora Malaysia aku telah dihubungi oleh wakil mereka. Melalui perbualan telefon tersebut mereka minta aku memulangkan semula dompet yang terlebih hantar tersebut dan mereka telah mengesahkan bahawa pihak Tropicana Life Sdn. Bhd. telah melakukan kesilapan ketika membuat penghantaran.

Proses pemulangan tersebut akan dibayar semula oleh pihak Zalora Malaysia iaitu bayaran kurier penghantaran yang aku gunakan. Aku ambil sampul poslaju prabayar RM6 sebagai kaedah penghantaran semula.

Dapat voucher RM20 lagi. Jom beli barang.

Dapat voucher RM20 lagi. Jom beli barang.

Apa yang menggembirakan aku lagi bila pihak Zalora menyatakan bahawa mereka akan memberi voucher RM20 untuk aku. Bolehlah membeli barangan dari mereka lagi. Bersikap jujur tidak rugi sebenarnya selain dapat pahala dapat ganjaran juga 🙂

 

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

6 Responses

  1. Eizil says:

    ni namanya dapat balasan cash sebab berbuat baik… semoga menjadi pengajaran kepada yang lain juga. 🙂 lerh shopping lagi pasni bro… hehehe

  2. Kujie says:

    Bukan payah pun nak buat baik, kan….
    Allah dah janji , ada balasannya… kadang² balasan kita nampak
    kadang² dalam bentuk lain yang kita tak perasan…

  3. Mahamahu says:

    Wahh bagus lah memang tak rugi org jujur selalu untung… Hari tu ada gak kes ngan Zalora mereka begitu berihatin bagus lah…. Tu yg suka shopping kat Zalora ni heheheh

  4. Ummi Hanie says:

    Salam Ejam,

    Nis ni.. wassap wassapp…. hehe 😉

    rezeki jgn ditolak kan 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *