KFC Golden Wrap Chicken Berminyak.

image

Produk baru KFC.

Makan malam tadi ajak isteriku ke KFC Starmall Mentakab untuk makan. Entah kenapa teringin sangat nak makan KFC, aku mengidam agaknya. Kebetulan menu baru Golden Wrap Chicken sudah ada maka aku cubalah dengan beli kombo B.

image

Set yang blur.

image

Zoom in sikit.

image

Sudah dibuka.

Bayangkan sebelum mula makan aku sudah basuh tangan, buka kertas pembalut ayam tersebut yang berminyak aku dah kena basuh tangan lagi sekali. Balik ke meja aku baru perasan macam mana hendak makan bila nasi dalam pinggan sedangkan ayam atas kertas. Apa lagi kenalah tolak nasi tersebut ke atas kertas kemudian angkat kertas tersebut letak atas pinggan semula sebagai alas. Punyalah susah nak mula makan. Oh ya aku harus basuh tangan sekali lagi sebab dah berminyak kembali.

image

Zoom in peha ayam.

image

Khazanah bawah ayam.

Berbaloikah? Bagi aku tidak sangat kerana lagi sedap makan ayam spicy saja. Ayam yang dimasak ada bahagian yang kurang masak lagi. Dari segi rasa macam perap dengan kicap sahaja, rasa pedas tu adalah juga sikit tapi tetap terasa kosong dengan makan nasi yang kosong. Harapkan isi jagung dan cendawan sajalah buat bahan cantik menu.

Pesanan aku usahlah bazirkan RM11.80 untuk mencuba menu baru KFC ini kerana tidak berbaloi dengan berminyaknya lagi.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

14 Responses

  1. aleasara says:

    wah ye ke?sy baru cdg lunch esok nk mkn sana huhu.ke kena tekap2 dulu ayam tu guna tisu byk2 ngee ^^

  2. topo says:

    kalau aku insyaAllah makan pakai tangan je haha tapi rupa dia tak semenggah la plak memang ajaib la kalau aku nak pi makan

  3. Anarm says:

    tengok pun takde selera.. baik makan menu ayam biasa tu..

    • ejam says:

      Dengan hati yg sayu aku telan juga sampai habis sebab dah bayar.
      Memang makan ayam goreng kfc juga yang best tak payahlah nak cuba resepi pelik2 camni.
      Terpaksa aku rembat seketul ayam wife aku.

      • Anarm says:

        aku kalau pergi KFC memang tak order benda lain.. antara Snack Plate dengan Dinner Plate je yg jadi menu santapan di KFC..

  4. lina nazlina says:

    Baru semlm, anak2 ajak p mkn KFC baru golden wrap chicken mlm ni..nengok dlm iklan & gambar promo ye amat menyelerakn… Klau camni le, hilang selera nengoknya, hisk2 tak jadi le gamaknya..

  5. Mus says:

    saya perasan, lain cawangan kfc, sedikit lain juga cara persembahan hidangannya..
    ada yang berminyak, ada yang kurang..
    kalau cheezy wedges, kena cari cawangan kfc yg banyak bagi cheese 🙂

    • ejam says:

      mungkin kfc yg ejam pergi tu tidak habis belajar lagi kot teknik utk kurangkan minyak.
      kena training lagi tu barulah keluarkan produk.

  6. Cik Mora says:

    Mungkin ikut cita rasa orang kut, sebab saye baru lepas makan golden wrap tu and will always be my favourite menu. Hehe..sedap, pedas2 skit dan cendawannye berase. Rase tak cukup pulak,

    • Ejam Othman says:

      untuk makluman, kfc golden wrap dalam entri ini ialah versi 2013 punya dan ternyata memang tidak sedap.
      untuk versi 2014 akan saya rasa sendiri nanti dan entrikan semula apa pula rasanya dari persepktif saya. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.