Makan Tomato Macam Makan Epal.

image

Sedapnya tomato.

Tadi pergi beli barang dapur, sebaik sampai ke bahagian buah dan sayur Haq jadi seronok untuk mencapai apa juga yang dilihat. Kebetulan lalu kawasan tomato dan tidak perasan langsung bila masa dia mencapai tomato tersebut sedar-sedar dia dah gigit separuh. Apa lagi cepat-cepat aku ambil dan basuh dahulu sebelum bagi Haq makan semula. Jangan risau tomato tersebut halal dimakan sebab pergi timbang untuk dapatkan harga sebiji tomato tersebut.

image

Jangan kacau..Haq punya.

image

Manisnya tomato ini.

Aku rasa Haq ikut perangai aku sebab aku juga suka tomato kalau makan mentah pun sedap. Rahsia kulit cantik pun iya juga kalau amalkan pengambilan tomato.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *