Betulkah Ada Pemenang McDelivery Pesan dan Menang?

Macam menarik juga kaedah peraduan yang dianjurkan oleh McDelivery Pesan dan Menang ini. Setelah study terma dan syarat peraduan ini pemilihan pemenang adalah secara automatik berdasarkan rekod sistem pembelian dan penghantaran yang berjaya melalui laman web McDelivery. Angka 1000 yang dimaksudkan ialah pembelian dan penghantaran yang berjaya dibuat dan nombor tersebut akan berterusan sehingga habis tempoh peraduan.

20130218-081646.jpg

Pengumuman pemenang akan dibuat melalui Facebook rasmi mereka yang mana setiap pemenang akan dimaklumkan terlebih dahulu melalui sms berdasarkan rekod akaun mereka di laman web McDelivery. Sekiranya tiada rekod nombor telefon petugas dari McDonalds akan memaklumkan melalui pemberitahuan bertulis pula.

Pemenang pertama McDelivery Pesan dan Menang.

Pemenang pertama McDelivery Pesan dan Menang.

Berdasarkan lawatan aku ke Facebook mereka mendapati pengumuman pemenang pertama telah dibuat, tahniahlah pada pemenang tersebut. Nampaknya peraduan yang dianjurkan mereka benar-benar berjalan namun begitu yang pertama tidak membuktikan ianya telus kerana perlu diumumkan pemenang yang lain juga seperti yang dijanjikan. Barulah boleh percaya walaupun dikatakan peraduan ini diaudit oleh pihak ketiga yang tidak berkepentingan.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

3 Responses

  1. whoaaa… persoalan yang menarik untuk difikirkan nie… atau ianya lebih kepada GIMIK PEMASARAN SAHAJA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *