Dah Pandai Nak Tidur Asing.

Tadi main-main di kerusi panjang ni, dalam pada mengantuk ada hati juga untuk main. Pujuk tidur atas tilam sebelah kerusi ni dia tak nak lari naik balik atas kerusi tu dan akhirnya tertidur lepas diusap-usap oleh mamanya.

image

Bawa diri.

Terasa macam dia cuba belajar tidur asing dari papa dan mamanya tapi memilih kerusi panjang tersebut macam dia selalu buat dekat rumah pengasuh saja gayanya. Lena juga dia tidur tapi sekarang dan pindahkan semula tidur di tengah tilam bersama kami. Abang long ni makin bijak setiap hari, papa dan mama akan tetap sayang Haq walaupun dah ada adik nanti.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *