Doktor Kata Sudah Masuk 8 Minggu.

Malam tadi pergi jumpa doktor untuk scan perut isteriku tengok keadaan kandungannya. Disebabkan masih ada kesan-kesan warna coklat yang tertinggal pada panty liner maka perasaan ingin tahu bagaimanakah keadaan kandungan tersebut membuatkan keputusan pergi scan adalah pilihan utama.

image

Degup jantung kelihatan.

Berdasarkan pemerhatian dan pemeriksaan doktor kandungan masih berada dalam keadaan sihat dan baik. Ukuran yang dibuat mendapati usia kandungan sudah 8 minggu. Doktor menyarankan isteriku berehat di rumah. Cuti sakit 2 hari diberikan dan ubat penguat rahim turut sama dibekalkan untuk pengambilan agar kandungan lebih kuat.

Semoga kandungan ini selamat dilahirkan dan sihat serta sempurna sifatnya. Jangkaan kelahiran yang doktor beritahu ialah pada 30 September 2013. Kalau baby nak keluar awal sama tarik lahir dengan papa dan mamanya pun ok juga.

Mohon doa kalian yang terbaik buat kami.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

3 Responses

  1. Anarm says:

    8 minggu dah.. Tahniah.. Haq nak dapat adik..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *