Hi Kakak, Hello Abang.

Jadi tarikan pula perangai Haq di klinik tadi. Dah ler jumpa doktor tu pun dia boleh hulur tangan macam minta sesuatu tu, apa lagi doktor tu sambut dengan salam. Memang baik doktor tu sampaikan dia dah kenal isteriku sebab setiap kali ada hal pergi klinik sama memang akan diarahkan ke bilik beliau.

Seronok pula bila tengok perangai Haq disenangi orang lain. Sekarang dia ada hobi baru iaitu tenung dan renung orang tidak kira kecil atau besar lepastu dia lambai-lambai. Semalam di restoran makan cendol tu pun sama, dia target orang yang ambil order lepas tu dia ikut saja ke mana orang tu pergi dengan pandangan dia. Entahlah kacak sangat daripada papa dia agaknya.

image

Tadi dia tegur budak india ni, sampaikan budak tu dan kakaknya balik melalui pintu kaca depan dia pun tetap dia tengok sampai hilang dari pandanga. Keluarga india tu pun layan lambai Haq. 1 Malaysia betul anak aku ni dan tidak racist. Bagus.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *