Homemade Potato Wedges.

Tengah makan kentang bakar ni. Kata isteriku ini resepi dari blog isteri angkasawan negara. Ringkas sahaja penyediaannya.

image

Kentang yang sedap.

Kaedah penyediaannya (diolah sedikit) ialah:-
1. Buang kulit kentang, potong seperti dalam gambar kemudian rebus (resepi asal kukus) hingga hempuk.
2. Bawang putih dihiris nipis lalu digoreng bersama olive oil.
3. Olive oil tadi digunakan semula untuk digaulkan dengan kentang tadi, taburkan sedikit serbuk lada hitam, dan garam.
4. Bakar kentang tadi di dalam ketuhar untuk 30 minit pada suhu 200. Bakar hingga garing.

Sedia untuk dimakan begitu sahaja atau cicah sos cili. Terima kasih kepada isteriku yang sanggup sediakan makanan ini, sayang sayang.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.