Huggies Dry Pants – Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai (Roadshow Di MYDIN USJ)

Memandangkan blog aku ini seperti telah dimiliki oleh anak sulungku iaitu Haq maka di sini aku ingin menceritakan tentang penggunaan lampin pakai buang pula. Sejak dari saat kelahiran lagi sehingga berusia setahun lebih ini Haq masih menggunakan jenama yang sama. Tapi sejak kebelakangan ini penggunaannya seperti ada kekurangan apabila kerap terbau hancing walaupun baru sekali Haq buang air kecil. Kembang usah cakap, memang cepat kembang. Mungkin ini saat dan masanya aku perlu mencuba jenama lain.

Jenama yang menarik perhatian aku buat masa ini ialah Huggies Dry Pants yang mana mudah untuk dipakai di saat Haq semakin lasak dan tidak duduk diam setiap kali salin mahupun ketika pakai lampin pakai buang. Apa yang aku nampak pada Huggies ini ialah;

Huggies® ialah salah satu jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak terkemuka di Malaysia. Ia membekalkan pelbagai rangkaian lampin pakai buang dan lampin seluar kepada ibu dan bayi untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.huggies.com.my atau www.facebook.com/Huggies.Malaysia.

Huggies Dry Pants ialah pilihan yang mudah digunakan untuk bayi dan kanak-kanak yang aktif – setelah anda mencubanya, anda pasti tertarik dengan betapa mudah untuk menukarnya iaitu hanya dengan koyak, salin dan lepas! Dengan peregang lembut di bahagian tepi memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupaun semasa bayi anda sedang bergerak dan sistem pengunci untuk menghalang kebocoran. Tambahan pula, Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin!

Huggies Dry Pants - Koyak Salin Lepas

Koyak Salin Lepas.

Ciri-ciri Huggies sangat bersesuaian dengan situasi aku dan isteri sekarang yang mana perlu berdepan dengan cabaran mengejar Haq untuk salin lampin. Huggies memudahkan nampaknya dengan cara Koyak, Salin dan Lepas.

Huggies Roadshow at Mydin USJ_Game Booth

Nampaknya Huggies ada buat Roadshow seperti maklumat di bawah:-

Di mana: Ruang legar, Mydin USJ
Bila: 25 Februari 2013 (Isnin) hingga 3 Mac 2013 (Ahad)
Pengumuman istimewa: Sesi Cabaran Tukar Lampin 30 Saat Huggies dan persembahan akan diadakan setiap hari pada masa berikut: 10.30 pagi, 2.00 petang dan 8.00 malam.

Acara penutup akan berlangsung pada 3 Mac 2013 (Ahad) dari 8 malam hingga 9 malam!

Huggies Roadshow at Mydin USJ

Huggies Roadshow at Mydin USJ

Ada beberapa aturcara menarik yang disediakan buat pengunjung, antaranya ialah:-

  • Tukarkan lampin Huggies Dry Pants si manja anda dalam masa 30 saat atau kurang untuk memenangi hadiah menarik.
  • Nikmati hiburan untuk seisi keluarga dengan persembahan, promosi hebat, hadiah percuma, permainan, pertunjukan silap mata dan pelbagai aktiviti yang menarik! Singgahlah di booth kami untuk mendapatkan sampel percuma Huggies Dry Pants dan rebut peluang untuk memenangi pelbagai hadiah.

Huggies Roadshow at Mydin USJ

Lepas penggunaan Huggies Dry Pants nanti akan aku ceritakan semula pengalamannya dalam menghadapi cabaran bersama Haq yang semakin lincah saban hari. Sedia Haq papa bakal ada “senjata” istimewa nanti untuk menewaskan mu.

Pesanan untuk semua:

Jangan terlepas acara roadshow “Huggies Tukarlah untuk Lebih Senang Dipakai” yang bakal diadakan dari 25 Februari 2013 ke 3 Mac 2013 di Mydin USJ!

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

1 Response

  1. Wesley says:

    You share interesting things here. I think that
    your page can go viral easily, but you must give it initial boost
    and i know how to do it, just search in google
    for – wcnu traffic increase

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *